I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, December 21, 2010

Mencantikkan Pusat Bayi

Bayi yang sudah tercabut pusatnya perlu dijaga supaya tidak tersembul atau menjojol.
Ambil seulas bawang putih dan ditumbuk pecah.
Bungkuskan dengan secamca teh cintan putih, sedikit abu dapur kayu dengan kain. Ikat dengan kemas.
Kemudian salai atas bara atau batu tungku yang telah dipanaskan.
Apabila telah suam kuku, tekan perlahan-lahan dikeliling pusat dan perut bayi.
Insyaallah pasti pusat bayi anda tidak akan terjojol.

Tip Kali Ini

Elak Muka Kasar

Untuk mengatasi masalah wajah berbintik hitam, Parut mentimun dan perah untuk dapatkan airnya.
Gunakan air tersebut untuk mencuci muka sebelum tidur.
Untuk Nampak lebih baik tampalkan hampas timun tersebut pada muka.
Amalkan setiap hari,
Insyaallah muka anda akan bebas dari bintik-bintik hitam. 

Monday, December 13, 2010

Saja-saja

Keputusan keluar…
Dup, dap, dup, dap….
Harap2 okey……
**********
Nak  belajar lagi….
Boleh la…….
Kolej swastakan banyak…
Apply jer……
Duit…..
Takpa boleh dapat..
Pinjaman ngan PTPTN….
Bayar kemudian…..

P/S: Belajarlah di kolej yg  diiktiraf….
      Carilah jurusan yg senang dapat kerja..
      Supaya dapat bayar balik pinjaman

Ilham Dinihari

Somebody say....
Dok kat Langkawi.
Lubuk rezeki....
Betul ka????..
Somebody says...
Dok kat Langkawi..
Senang buat duit...
Betul ka????....







P/S: Di mana ada kemahuan 
Di situ ader jalan yg penting usaha..
Walau dimana berada...
Rezeki  tetap ader..
                                   Duit tak datang bergolek..
Ia perlu dicari.....
Perlu berusaha utk dapatkannya..
Cuma jangan jadi..
Hamba duit...
Sudahlahhhh....


Nukilan: sazierin


Madah Kosong

Kenapa….
Jiwa kurasa kosong…
Fikiran tak tenang..
Semangat ku hilang..

Entah ke mana…..
Melayang tanpa arah tujuan..
Resah, gelisah, sayu, pilu, bosan & tension…

Menerpa setiap penjuru kamar hatiku…
Suasana ku sunyi & sepi…
Ahh….Mengapa……
Ya Allah……berilah aku petunjukmu..
Sesungguhnya pada-Mu saja..

Mampu aku luahkan segalanya..
Amin……

P/S: Selalu dekatkan diri pada-Nya
kerana hanya Dia yang mampu memberi
kita ketenangan yg abadi

Nukilan: sazierin

Sunday, December 12, 2010

Diariku

Diriku…..
Hanya gadis kampung..
Yang biasa-biasa saja..
Tidak punya rupa, harta…
Akademik pun biasa2 saja….
Diriku…
Seorang anak yg sering memberontak….
Seringkali menyusahkan hati….
Dan perasaan ibu & ayahku..
Seringkali menyakiti kakak2 & abangku…


Diriku….
Pernah dilamun cinta…
Namun seringkali dikecewa..
Dan akhirnya…
Aku mengambil kata putus…
Biarlah berkawan saja….
Dan hanya berserah pada Allah..
Siapa jodohku..
Akan kuterima dengan hati terbuka…..


Dirimu…..
Seorang lelaki yang tampan….
Punya segalanya..
Seorang yg educated & bekerjaya…..
Menjadi perhatian para gadis…

Dirimu….
Seorang anak yg baik…
Sentiasa membuat hati….
Ibu & ayah mu gembira..
Menjadi kebanggaan keluargamu…
Menjadi contoh yg baik…
Buat abang2 & kakakmu…


Dirimu…
Pernah jatuh cinta..
Sanggup berkorban apa saja..
Buat yg tersayang..
Namun…
Tidak pernah dihargai..
Akhirnya..
Setelah dikecewa…
Kamu…
Mengambil keputusan..
Tidak mahu bercinta lagi..
Tumpuanmu hanya pada kerja…
Seandainya sampai masa..
Kamu akan terima seadanya…
Siapa pasangan mu…

Tanpa kusangka…
Diriku dan dirimu bersatu…..
Walaupun….
tidak pernah bercinta….
Namun kita bahagia…
Semuanya sudah ketentuan-Nya..
Aku bersyukur pada-Mu…


P/s.Terima kasih …
Pada Kak Ita & Kak Yus..
Kerana mereka kami…
Disatukan…..
        
Ader sambungannya…TUNGGU…..

Nukilan: sazierin

Saturday, December 11, 2010

PESANANKU


Sayu hati ini
Sedih teramat sangat
Bila terpandang
Didada-dada akhbar
Kisah pembuangan bayi
Yang berleluasa kini
MENGAPA???
Fenomena ini berlaku
Kemana perginya
Rasa kemanusiaan
Sifat seorang makhluk Allah
Bernama manusia
Betapa kejamnya
Bayi tak berdosa
Menjadi mangsa
Akibat……
Kerakusan nafsu
Yang tak takut
Akan dosa….
Peringatan…..
Jangan terpedaya
Dengan godaan naafsu
Hingga terbenihnya
Janin yang tak berdosa
Kasihanilah…
Darah dagingmu
Sedarlah……
Sebelum ia menghantui
Seluruh hidupmu
Akibat kesilapan sendiri
Sayangilah bayi anda..
Kerana ia….
Adalah...Amanat allah
Pesanan ku…
Mari kita sama-sama..
Membendung gejala ini.

Nukilan: sazierin